Di suatu kala dahulu
Cikgu sering berkata
'tulislah cita-cita anda di sekeping kertas'
Ku ambil pencil
Dan ku tulis
Dan hari ini...
bila aku terkenang kembali
Cikgu is so stupid la suruh tulis cita-cita!
Sila abaikan coretan diatas. Ia adalah luahan hati penulis dan tiada kena mengena dengan pendapat anda semua. Tapi memang benar, bila difikirkan kembali. Kenapalah cikgu suruh tulis cita-cita kita sewaktu kecil (sewaktu berumur 5-7 tahun). Kalau anda tidak berpuas hati, cubalah anda bertanya pada budak-budak sekarang. Apa cita-cita mereka. Dan pasti jawapan mereka;
1. Saya mahu jadi Doktor
2. Saya mahu jadi Askar
3. Saya mahu jadi Tentera
4. Saya mahu jadi Polis
5. Saya mahu jadi Nurse
6. Saya mahu jadi Peguam
7. Saya mahu jadi Angkasawan
8. Saya mahu jadi Arkitek
9. Saya mahu jadi Pereka Fesyen
10. Saya mahu jadi Pelukis
Di antara jawapan di atas adalah jawapan standard dari budak-budak yang baru nak belajar. Dulu pun aku hampir jawab ke semua di atas jika ada cikgu yang tanya walaupun aku tak faham apa maksud cita-cita. Yang aku tahu cita-cita adalah kerjaya kita pada masa hadapan. Tapi budak-budak sebenarnya tidak pernah fikir tentang cita-cita mereka. Mereka hanya akan sedar bila sudah tinggalkan sekolah dan menganggur. Tapi tidak semuanya, bagi mereka yang mempunyai pendirian, mereka akan cuba mencapai sasaran sejak dari bangku sekolah lagi. Itupun setelah mereka masuk ke Tingkatan 4. Barulah terkial-kial nak cari bidang yang diminati.
Senarai cita-cita aku sejak kecil hingga ke besar.
1. Doktor
3. Polis
4. Pakar Psikologi
5. Pereka fesyen
6. Penyanyi/Pelakon
Cikgu sering berkata
'tulislah cita-cita anda di sekeping kertas'
Ku ambil pencil
Dan ku tulis
Dan hari ini...
bila aku terkenang kembali
Cikgu is so stupid la suruh tulis cita-cita!
Sila abaikan coretan diatas. Ia adalah luahan hati penulis dan tiada kena mengena dengan pendapat anda semua. Tapi memang benar, bila difikirkan kembali. Kenapalah cikgu suruh tulis cita-cita kita sewaktu kecil (sewaktu berumur 5-7 tahun). Kalau anda tidak berpuas hati, cubalah anda bertanya pada budak-budak sekarang. Apa cita-cita mereka. Dan pasti jawapan mereka;
1. Saya mahu jadi Doktor
2. Saya mahu jadi Askar
3. Saya mahu jadi Tentera
4. Saya mahu jadi Polis
5. Saya mahu jadi Nurse
6. Saya mahu jadi Peguam
7. Saya mahu jadi Angkasawan
8. Saya mahu jadi Arkitek
9. Saya mahu jadi Pereka Fesyen
10. Saya mahu jadi Pelukis
Di antara jawapan di atas adalah jawapan standard dari budak-budak yang baru nak belajar. Dulu pun aku hampir jawab ke semua di atas jika ada cikgu yang tanya walaupun aku tak faham apa maksud cita-cita. Yang aku tahu cita-cita adalah kerjaya kita pada masa hadapan. Tapi budak-budak sebenarnya tidak pernah fikir tentang cita-cita mereka. Mereka hanya akan sedar bila sudah tinggalkan sekolah dan menganggur. Tapi tidak semuanya, bagi mereka yang mempunyai pendirian, mereka akan cuba mencapai sasaran sejak dari bangku sekolah lagi. Itupun setelah mereka masuk ke Tingkatan 4. Barulah terkial-kial nak cari bidang yang diminati.
Senarai cita-cita aku sejak kecil hingga ke besar.
1. Doktor
- Cita-cita sewaktu aku berumur 5-6 tahun (seingat akulah). Masa tu aku tak tahu sangat kerja doktor ni macam mana. Selepas aku tahu kerja doktor ni kotor dan bermain dengan darah... aku terus 'letak jawatan'2. Peguam
- Bunyi macam best! Peguam! Huh, tapi seperti biasa aku pun tak tahu apa kerja peguam. Sebenarnya cita-cita ni aku pilih sebab tak nak sama dengan cita-cita kawan sebelah aku. Dengan rela hati juga aku 'letak jawatan.'
3. Polis
- Huh, aku paling suka yang ini. Aku minat dengan kerjaya polis tapi aku terpaksa letak jawatan setelah aku bosan dengan pakaian seragam polis.
4. Pakar Psikologi
-Cita-cita ni masa aku tengah 'gila' tengok cerita Kantonis kat televisyen dulu. Aku dengan Atie, habis satu perpustakaan kita geledah cari buku tentang psikologi dan 'habitat manusia.' Aku siap daftar lagi nak jadi pengawas PRS tapi aku 'letak jawatan' setelah mengetahui PRS tu adalah Pemusnah Rakan Sebaya hahaha!
5. Pereka fesyen
- Ini sebab aku berkawan dengan Ayuni. Dia memang pandai melukis. Jadi, virus melukisnya berjangkit dengan aku. Dari situ aku belajar lukis komik tapi aku lebih kepada lukis baju-baju. Aku letak jawatan sebab aku fail dalam bab menjahit pakaian.
6. Penyanyi/Pelakon
- Ini idea gila yang pernah aku terfikir. Semuanya sebab aku taksub dengan lagu-lagu diorang dan filem-filem pelakon yang aku suka. Tapi aku 'letak jawatan' juga setelah aku dapat menilai bahawa betapa kakunya lakonan mereka dan betapa 'lunaknya' suara mereka bila menjerit-jerit macam langsuir.
7. Pemandu Pelancong
-Aku terfikir cita-cita ni semasa aku bekerja di Papillon. Sebuah kilang yang menjual barangan cenderahati yang diperbuat daripada rama-rama dan kumbang-kumbang yang juga dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing. Dapat berjumpa dan bercakap mat salleh. Tapi aku letak jawatan sebab industri pelancongan pada masa tu terumbang-ambing.
8. Pensyarah
- Semasa part 5 di Uitm, subject ETR diajar oleh seorang cikgu yang comel. Bila tengok sekali macam student pula. Bila tengok dua kali macam budak sekolah menengah. Tapi dia bersuara lantang. Very simple orangnya. Masa kitorang nak hantar final projek tu, kami bersembang dengan pensyarah tu dan mulalah soalan soal selidik dijalankan. Macam maana dia boleh jadi lecture dengan umur yang begitu muda. Dan dia pun perkenalkanlah SKIM PENSYARAH MUDA. Aku hampir terpedaya dengan pujuk rayunya dan hampir juga mendaftar tapi setelah dia kata;
"Dalam quiz ataupun exam, korang mesti dapat 80% ke atas, baru dikira lulus. Jika dapat 79% ke bawah... exam anda GAGAL!
Okey, aku letak jawatan!
9. Penulis
- Aku mula menulis novel pada umur 12 tahun. Masa sekolah menengah aku sudah minat menulis cerita di buku kosong. Masa di universiti, aku masih lagi menulis. Selepas habis belajar, aku masih lagi menulis. Dan bila aku dah kerja, sudah terdedah dengan dunia enovel... akhirnya baru aku sedar bahawa inilah cita-cita aku...10. Kahwin
- Kahwin juga satu cita-citakan????

3 komen:
dulu masa kecik2 mana pikir keje tu macam mana, ikut sedap mulut je. yang bestnya masa kecik2 aku memang nak jadi peguam tapi dapat jadi kuli peguam pun kira ok le... sapa suruh dulu taknak belajar pandai2 macam fad kan... huhuhu... penulis? tak penah aku mimpi nak jadi penulis, tapi aku memang minat menulis.. actually masa sekolah menengah aku suka jadi wartawan... sebelum kawen cita2 aku nak kawen dgn jutawan... tapi takde jutawan nak kat aku... hehehee
dina,
tak pe suatu hari nanti ko akan jadi jutawan gak... ya suatu hari nanti huhuhu...
--> bila la suatu hari nanti tu ye???
kita dari dulu tak ada cita2...
bila cikgu tanya 'apa cita2 awak? dah besar nanti awak nak jadi apa?'
kita jawab balik 'saya tak tahu saya nak jadi apa. tak payah jadi apa2 selain jadi orang boleh tak?'
kawan duduk meja sebelah cakap 'kau ni tak boleh fikir jauh betullah.'
yang lagi sebelah cakap 'memanglah semua orang nak jadi orang.'
yang paling tak best cakap 'kau ni hampeh betul. tu pun tak boleh nak fikir ke?'
sejak dari sekolah rendah, naik sekolah menengah, naik matrik, and now dekat USM...
tak tahu lagi sebenarnya nak jadi apa...
tapi sekarang ni dah boleh fikir sikitlah...
bila orang tanya 'nak jadi apa?'
dengan muka selambanya menjawab 'nak jadi dentistlah kalau tak takkanlah masuk USM ni.'
memang otak tak pandai nak proses maklumat tentang cita2 ni...
kesian juga diri kita ni. orang lain semua ada cita2 kita je tak ada...
Catat Ulasan
Bagi sesiapa yang mahu menghentam ataupun tinggalkan komen anda di setiap entry aku ni, sila pastikan anda ada tulis nama anda ataupun letak link ke blog anda. Sesiapa yang komen Tanpa Nama tidak akan dilayan...