Hari ini pagi-pagi lagi aku dapat mesej dari Channel X. Mesej tu berbunyi:
Malas berSMS? Rakam suara anda & hantar kepada sesiapa sahaja dengan ... (seterusnya adalah rahsia).
Lepas aku baca mesej dari celcom tu terus aku tergelak sebabnya satu saja. Celcom ni macam tahu-tahu saja aku memang pemalas tahap gaban nak berSMS. Aku bukannya malas nak berSMS ni tapi keypad handset aku tu yang buat hal. Aku nak tekan 'A' keluar 'AA'. Double pulak tu, penat ar aku nak delete satu demi satu huruf. Handset aku tu digunakan untuk membuat panggilan saja dan menerima mesej tp aku jarang hantar mesej.
Baki credit handset aku pun berganda-ganda sebab tidak digunakan tapi itulah yang aku kata, celcom ni (bukan celcom je) kedekut sangat nak lanjutkan tempoh. Bonos rajin lak dia bagi tapi malangnya bonos sms percuma. Ceh!
Ps: entry ini aku tulis sebab nak hilangkan rasa mengantuk.
Ps 2: oh ya, aku ada satu soalan, orang kata, kalau tapak tangan gatal tu maknanya akan terima duit tapi kalau tapak kaki gatal tu cam ne pulak hah????
